TANDA GANGGUAN



MENGENAL GANGGUAN JIN DAN SYAITAN


Gangguan Jin dan Sihir
Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit. Penulis pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan pesakit. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka. Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Terdapat 5 jenis punca gangguan jin yang dikenal pasti oleh penulis.

1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir. Di sini makhluk jin memasuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang. Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir. Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau kedalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.

2. Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu. Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus. Usia yang lanjut bukan faktor yang utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh. Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.

3. Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah. Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.

4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir. Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan akal pemikiran mereka. Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka. Dari pengalaman penulis, kebanyakkan pesakit yang menghadapi penyakit terencat akal (contohnya anak-anak down syndrome) terdapat gangguan jin didalam tubuh badan terutama dibahagian otak dan urat saraf.

5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin. Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome)dan penyakit SLE, sakit cancer seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin yang telah dikenal pasti oleh penulis. Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.

6. Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keterunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah seorang daripada keterunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin. Jin-jin ini akan berpindah kepada keterunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.

Sintom Sintom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan. Kebanyakan sintom yang di beritahu oleh pesakit-pesakit kepada penulis adalah seperti:

1. Sakit anggota badan:

a. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.

b. Sakit menyeluroh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.

c. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.

d. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas.

2. Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.

3. Gangguan pemikiran. Fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian. Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman. Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Quran atau berzikir.

4. Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas. Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini di rasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.

5. Pesakit rasa putus asa untuk hidup. Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.

6. Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.

7. Gangguan tidur - tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam. Suatu ketika dahulu penulis pernah bertemu dengan seorang pesakit yang tidur pada siang hari dan hanya berjaga dari jam 12 malam hingga 6 pagi.

8. Gangguan ketika beribadah iaitu ketika solat, membaca Al-Quran atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.

9. Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.

10. Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.

11. Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya. Penulis pernah diberitahu situasi dimana lampu bilek menyala dengan sendiri, pair mengeluarkan air dan tutup dengan sendiri, alat komputer dinyalakan dengan sendiri dan sebagainya. Penulis pernah pergi ke satu pejabat dimana lampu dan alat-alat mesin dan instrument di pejabat itu dinyalakan dengan sendiri dari bilek kawalan yang kosong.

12. Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.

13. Pesakit dirasuk. Di sini jin atau syaitan/iblis akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya. Apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya. Pernah penulis berhadapan dengan seorang pesakit perempuan tua berumur tujuh puluhan apabila dirasuk, pesakit berbicara dengan bahasa Thai (Siam) dan kemudian bersilat ala Thai (tomoi).

14. Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.

15. Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang. Ramai dikalangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka. Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.

16. Bayi kecil yang mengalami sawan tangis. Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat. Kebiasaannya selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.

17. Penderitaan dan halangan. Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Sihir juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.

Pernah suatu ketika dahulu penulis telah dijemput untuk membersihkan sebuah perpustakaan negeri yang baru dibina dan telah beroperasi selama beberapa tahun. Perpustakaan tersebut mengalami kekurangan pengunjung walaupun segala usaha promosi untuk memperkenalkan dan menarik pengunjung telah dilaksanakan. Apabila makhluk-makhluk halus yang mendiami perpustakaan ini dikeluarkan dan dipindahkan oleh penulis dengan izin Allah, perpustakaan tersebut telah menerima jumlah kunjungan yang berlipat ganda.
Top of Form

RACUN SANTAU


Ada tiga jenis
 bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada 2 jenis santau:
1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
Sintom Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.



Sihir Pemisah / Pembenci (untuk Suami Isteri)


Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zam
an dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Kadangkala pesakit akan juga dikenakan sihir jerutan dan ini lebih dasyat akibatnya sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan. (Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sihir Jerutan)
Sintom Antara sintom-sintom yang sering penulis diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang it telah melafazkan cerai, padahal it tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.


Sihir Jerutan (Suami / isteri)


Sihir jerutan ini mengakibatkan pasangan suami-isteri tidak dapat melakukan persetubuhan tanpa sebab-sebab tertentu. Ini disebabkan oleh kelemahan alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Ransangan seks yang dialami oleh kaum lelaki berlaku apabila hormon-hormon yang dikeluarkan oleh pundi-pundi jantina bersatu dan mengalir di seluruh badan. Apabila hormon tersebut tiba pada otak, ia akan diterjemahkan pada bahagian pusat ransangan otak menyebabkan berlakunya keinginan seks. Maklumat ini dihantar melalui tulang belakan (spinal cord) ke bahagian alat kelamin dan ini menyebabkan alat kelamin lelaki menegang.

Jin, iblis atau syaitan apabila mereka berjaya memasuki tubuh pesakit, mereka akan bertindak dengan menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Dari sini mereka bertindak mengacau bahagian utama yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai pusat ransangan seks, kerana dari bahagian pusat inilah semua isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin lelaki.

Keadaan alat kelamin yang menegang mampu bertindak balas sebagai lazimnya. Namun sebaik-baik sahaja suami hendak menyetubuhi isteri, jin atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu ransangan seks dengan serta merta. Apabila ia berlaku, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan terganggu ataupun terputus hubungannya dengan alat kelamin lelaki yang boleh menyebabkannya ia mengecut dan menjadi lemah.
Sintom Pesakit yang mengalami sihir jerutan ini mungkin akan mengalami sintom-sintom berikut:

1. Suami tidak berupaya bersetubuh dengan isteri biarpun pada awaknya mempunyai ketegangan alat kelamin suami. Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik-baik sahaja hendak bersatu. Penulis pernah menemui pesakit yang mempunyai dua isteri yang hanya boleh bersatu dengan seorang isteri, tetapu tidak dapat bersetubuh dengan isteri yang lagi satu.

2. Kedua-dua belah peha isteri terkapit erat bukan atas kehendaknya menyebabkan suami gagal bersetubuh.

3. Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apa-apa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan.

4. Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya.

5. Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami, biarpun dengan sentuhan yang sedikit, apatah lagi ketika bersetubuh. Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

6. Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj menyebabkannya gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa.

Penulis ada menemui beberapa pasangan suami-isteri yang telah bernikah selama 5 hingga 7 tahun tetapi isterinya masih lagi dara dan belum pernah disetubuhi. Apabila sihir itu dikeluarkan dengan keizinan Allah s.w.t maka pasangan itu dapat hidup sebagai suami-isteri seperti biasa.

CARA RAWATAN PERUBATAN SYIFA':

1. Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui cara batin oleh penulis (dengan izan Allah s.w.t) dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan penulis untuk rawatan.

2. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.

3. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.



Sihir Pelalau / Penghalang


Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.

Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. Terdapat sihir pelalau untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Ada 4 jenis sihir pelalau atau sihir penghalang:

1. Sihir pelalau perniagaan
2. Sihir pelalau perkerjaan
3. Sihir pelalau pembelanjaran
4. Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan

Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari pelangan-pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ketempat premis perniaggan itu.

Penulis sudah banyak merawati pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakkan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin ini lah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab (mood swing), dan dll.

Sintom A. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:

1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.

B. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:

1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasan nya sering mencari kesalahan nya.
4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.

C. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pembelajaran:

1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
2. Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajaran nya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.
3. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.
4. Anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dll.

D. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau penghalang perkahwinan:

1. Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badan nya.
2. Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.
Top of Form


SAWAN TANGIS


Kanak-kanak atau bayi yang sakit sawan tangis biasanya akan menangis pada masa-masa tertentu tanpa sebab atau punca. Selalunya tangisan itu memanjang untuk beberapa jam.

Sawan tangis ini di sebabkan oleh rasukan atau gangguan jin atau makhluk halus. Dalam masa yang tertentu, bayi itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Adakala nya makhluk halus ini memasuki badan bayi tersebut dan menggangu sistem urat saraf dan ini membuat bayi itu kesakitan atau tidak selesa. Selalunya bila merawat bayi yang kena sawan tangis, penulis mendapati adanya jin atau makhluk halus di bahagian urat saraf bayi atau di bahagian abdomen atau perut bayi. Makhluk halus ini yang menyebabkan bayi itu mengalami stomach cramps yang kita katakan colic pains.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
1. Bayi yang di bawah umur 3 bulan selalunya menangis di waktu senja yang di kenali dengan "evening colic". Setelah berhenti, ia akan menagis semula. Demikianlah halnya yang berlaku, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam.

2. Bayi atau kanak-kanak akan menangis pada waktu yang tertentu sahaja seperti tengah malam atau waktu magrib.
Sintom 1. Tangisan akibat gangguan pada kebiasaannya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan kejam. Kalau diperhatikan dengan teliti, akan didapati bahawa tangisan itu terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

2. Kanak-kanak yang dalam keadaan terganggu, adakala berhenti menangis semula. Mata yang kejam ketika berhenti menangis itu kadang-kadang melahirkan ombak di kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan atau pun kiri.

3. Ada anak-anak kecil yang terganggu, menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan mengigil seolah-olah adanya susuatu yang mengerikan di hadapannya.



1 ulasan:

  1. Asalamualaikom..saya zainol,maaf saya bukan nak komen tapi nak kasi tahu sukar untuk membaca kerana tulisan bewarna merah...

    BalasPadam