BATHAMIM 114

KELEBIHAN KURNIAN ALLAH S.W.T 

SEBELUM PERGI LEBIH LANJUT ELOKLAH UNTUK KITA TAHU CIRI-CIRI KELEBIHAN DAN SEBAB-SEBAB ALLAH BERIKAN KELEBIHAN

Di dalam Islam terdapat kelebihan luar biasa terdiri daripada 6 perkara. Dalam Islam kejadian luarbiasa ini boleh dibahagikan kepada 

6 perkara.:
1. Mukjizat
2. Irhas.
3. Karamah
4. Ma'unah
5. Sihir
6. Istidraj.


Pertama : Mukjizat 

Mukjizat adalah suatu kejadian luar biasa yang kadangkala menyalahi aturan dunia fizikal dan sukar dihuraikan dengan logik akal dan biasanya dikatakan sebagai campur tangan Allah. Mukjizat hanya dimiliki oleh Rasul dan Nabi yang diberikan Allah s.w.t kepada utusanNya.


Mukjizat ialah perkara yang nampak yang bertentangan dengan kebiasaan (yaitu hal yang luar biasa yang terhadi melalui) tangan Nabi atau Rasul setelah diutusnya (yang dilakukan) pada saat berdakwah (menyebarkan) misi kenabian dan kerasulan, seperti menghidupkan orang mati, menghilangkan gunung dan memancarkan air dari sela-sela jari jemari,laut terbelah dua, tongkat menjadi ular dan sebagainya.


Contoh mukjizat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w adalah bulan terbelah dua, dhab (biawak padang pasir) boleh berkata-kata, awan sentiasa memayungi Nabi bila berjalan, batu pengisar tepung boleh berkata-kata dan sebaginya.


Mukjizat biasanya cabaran terhadap apa yang sedang menjadi ikutan pada zaman atau saat diturunkannya mukjizat tersebut. Mukjizat terbagi atas dua,iaitu:1. Mukjizat kauniyah:Tongkat nabi Musa a.s yang dilempar dan menjelma menjadi seekor ular besar adalah salah satu contoh dari mu’jizat kauniyah, laut terbelah dua bila tongkat dipukulkan ke laut2.Mukjizat aqliyah.Sedangkan sesuatu yang memerlukan akal sehat untuk mencernanya misalnya kitab-kitab suci itu dinamakan mukjizat aqliyah. Mukjizat al-Qur'an adalah contoh mukjizat aqaliah.


Kedua : Irhas

Irhas ialah perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada para Nabi dan Rasul semasa mereka masih kecil, sebagai persediaan sebelum dilantik menjadi Rasul.


Contoh :1. Nabi Isa a.s boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian.2. Ketika nabi Yusuf a.s. dibuang kesumur oleh saudara-saudara nya dengan harapan agar meninggal dan lenyap,malah oleh Allah diangkat derajatnya hingga menjadi penguasa negeri Mesir.3. Nabi s.a.w. dibedah di dadanya semasa kecil oleh malaikat Jibril.


Ketiga : Karamah

Karamah ertinya, kemuliaan. Kekuataan spritual yang diberikan kepada para wali Allah. Karamah menunjukkan sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan. Kurniaan yang paling besar ialah berkaitan pengetahuan mengenai Allah s.w.t..


Keadaan luar biasa atau keajaiban adalah takdir Ilahi. Ia bersumber daripada penetapan Ilahiyang selaras dengan sunttullah kerana ia adalah manifestasi kudrat Ilahi. Karamah tidak termasuk mimpi, ilham, kasyaf dan khayalan.


Seperti keistimewaan yang terjadi pada Siti Maryam. Beliau berada di dalam pemeliharaan Nabi Zakariya as., dan tidak seorang pun selain Nabi Zakaria dapat masuk ke tempat Siti Maryam berada. Nabi Zakaria, jika keluar dari sisi Siti Maryam beliau pasti menutup/mengunci tujuh pintu untuk menjaganya. Ketika Nabi Zakaria masuk ke mihrob Siti Maryam berada, beliau mendapati buah-buah musim dingin pada saat musim panas, dan mendapati buah-buahan musim panas pada saat musim dingin, maka beliau terkagum-kagum. Karena itu, lalu beliau bertanya kepada Siti Maryam mengenai jalan/cara sampainya rezeki tersebut kepadanya, bukan pada musimnya, padahal pintu-pintu tersebut terkunci dan penjaga selalu berkeliling di seputar kamar (ruangan beribadah) nya.Siti Maryam menjawab pertanyaan Nabi Zakaria, bahwasanya rezeki tersebut dari Allah dan sesungguhnya Allah akan memberikan rezeki kepada orang yang dihendakiNya, dengan tanpa perhitungan, sebagai bentuk pemberian Fadhol (kemurahan), dengan tanpa mengurang-ngurangi (Surah Ali-Imran ayat 37)


Dan seperti keistimewaan yang terjadi pada Fatimah Az-Zahra, ketika suatu ketika beliau menghadiahkan kepada ayahhandanya Nabi s.a.w dua potong roti dan sepotong daging yang diletakkan di dalam piring/mangkok yang ditutup. Lalu Nabi s.a.w mengirimkan kembali pembawa piring mangkok itu dan sesuatu yang bersamanya yaitu piring dan mangkok tersebut ke rumah Fatimah. Ketika Nabi s.a.w duduk dan berdiam diri pada tempat duduknya, di rumah Fatimah, maka baginda bersabda: Bawalah kemari piring tersebut wahai putriku.” Lalu Fatimah membuka piring tersebut tiba-tiba saja piring tersebut dipenuhi roti dan daging. Kemudian Nabi s.a.w. bertanya kepada Fatimah, “bagaimana kamu mendapatkan semua ini?”Siti Fatimah menjawab:” Semua ini berasal dari Allah. Sungguh Allah akan memberi rezeki kepada orang yang dikehendakiNya dengan tanpa perhitungan.”Kemudian Nabi s.a.w bersabda, “Segala puji bagi Allah s.w.t, yang telah menjadikanmu seeorang perempuan yang menyerupai pemimpin kaum perempuan Bani Israil”


Sayyidina Umar dapat melihat tenteranya di medan perang di Nahwad serta boleh berbicara dengan panglimanya dan tenteranya juga dapat mendengar ucapan Umar, sedangkan jarak antara mereka sangat jauh. Waktu itu Umar berada atas mimbar dalam masjid di Madinah. Beliau menulis surat kepada sungai Nil supaya banjir dan dengan izin Allah ianya banjir seperti biasa.


Demikian juga Khalid Al-Walid meminum racun setelah dicabar oleh musuhnya tanpa memberi apa-apa mudarat. Selain daripada itu insan lain yang mendapat kurniaan karamah termasuklah Syeikh Abdul-Kadir al-Jailani, Rabiatul Adawiah, Ibrahim Adham , Tok Kenali, Habib Noh dan lain-lain lagi.


Keempat : Ma'unah

Ma'unah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang Mukmin yang awam dan soleh, yang apabila ditimpa sesuatu musibah atau suatu perkara ke atas dirinya mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkannya melalaui pelbagai wirid, solat sunat, puasa serta amalan sunat yang lain.


Ma'unah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri dari segi zahir dan batin para hambanya yang soleh. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekirannya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.Perlindungan yang diberikan oleh Allah karena disitu ada hambanya yang soleh dan dikasihi


Kelima : Sihir

Kejadian luar biasa yang diberikan atau dilakukan atas pertolongan jin dan syaitan.


Sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahwa tukang sihir akan melakukan berbagai keharaman atau kesyirikan dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.


Ilmu sihir boleh dipelajari melalui tukang sihir atau bomoh-bomoh. Mempelajari sihir boleh menjadikan seseorang syirik kepada Allah s.w.t. Sihir biasanya digunakan untuk mendatangkan mudharat kepada seseorang dengan bantuan jin dan syaitan tetapi kesemuanya adalah dengan izin Allah.


Ibnu Qudamah Al-Maqdisi mengatakan," Sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan maupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat, diantaranya ada yang bisa mematikan, membuat sakit, membuat seorang suami tidak dapat mencampuri istrinya atau memisahkan pasangan suami istri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya"


Keenam : Istidraj 

Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada seseorang tetapi dengan tujuan Allah s.w.t ingin membinasakannya.


Keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang mendapat keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah binasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa.Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.Itulah keburukan istidraj.istidraj.


Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.(Surah Al-A'raaf ayat 182)


Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya.Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa… namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu.Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat dari kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala ‘kemanisan’ itu mungkin sekadar ISTIDRAJ dari Allah untuk menyempurnakan kezaliman mereka.Agar bila sampai masa Allah menghukum dan mengazab mereka… tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.


Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”. Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).(Hadith riwayat Ahmad)Jika suatu ilmu pendinding itu boleh menampakkan perkara pelik dan luar biasa ianya bukan karramah atau ma'unah ianya samaada jatuh kepada sihir atau istidraj (kedua-duanya dilarang oleh agama). Elakkanlah memperlajarinya kerana ianya melibatkan pertolongan jin-jin yang boleh menyesatkan akidah kita seperti ilmu pengasih, ilmu kebal, ilmu batin, boleh bersilat tanoa belajar silat dan sebagainya.Wallahu a'lam

RUQYAH



( HADIS RIWAYAT MUSLIM )
RASULULLAH SENDIRI PERNAH DIRUQYAH OLEH JIBRIL(RUQYATUL JIBRIL)

"AISHAH R.HA BERTAKA, ' APABILA RASULULLAH SAW SAKIT ATAUPUN DI GANGGU MAKA JIBRIL MERUQYAH BAGINDA DENGAN KALIMAT, { DENGAN NAMA ALLAH. DIA MEMBEBASKANMU DARIPADA SEGALA GANGGUAN PENYAKIT, DIA MENYEMBUHKANMU DARIPADA SEGALA GANGGUAN PENYAKIT, DIA MENYEMBUHKANMU DARIPADA KEJAHATAN PARA PENGHASUT KETIKA HASADNYA DAN DARIPADA KEJAHATAN SETIAP GANGGUAN MATA }"            

IBNU ABBAS R.A BERKATA RASULULLAH S.A.W MEMBERITAHU, "AKAN MASUK SYURGA TANPA HISAB DARIPADA UMMATKU SEBANYAK 70RIBU ORANG"
PARA SAHABAT BERTANYA SIAPAKAH MEREKA ITU YA RASULULLAH?
"BELIAU BERKATA, MEREKA ADALAH ORANG YANG TIDAK MINTA DIRUQYAHKAN DAN TIDAK MINTA LUKANYA SUPAYA DITAMPAL DENGAN BESI YANG DIPANASKAN DAN MEREKA BERTAWAKKAL KEPADA TUHAN MEREKA"


HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM

RAWATAN BHATHAMIM


Merawat imuniti yang rendah dan lemah dengan menggosok berkali-kali pada kayu tersebut. Dalam konteks ini, kita dapati bahawa penggunaan tasbih adalah merupakan cara paling praktikal untuk memperolehi manfaat kayu tersebut. Penggunaan tasbih jika digosok berulang kali, hab dan kepanasan yang keluar akan menghasilkan gelombang dan terus diekstrak melalui pernafasan dan kulit.


Gosokan kayu cypress akan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh dan menghasilkan daya tahan tubuh dari penyakit (imuniti) sehingga 89 peratus.



Kulit dan akar pokok cypress boleh digunakan sebagai penawar untuk penyakit gigi, barah gusi, kencing manis serta berupaya merawat ulser dan penyakit buah pinggang.



Buah cypress dapat menghilangkan sengatan. Apabila direndam di dalam air, maka air rersebut boleh digunakan untuk merawat penyakit batuk, menghilangkan kelembapan paru-paru (paru-paru sejuk) dan menambahkan air mani serta meningkatkan kualitinya.



Merawat penyakit kencing manis (diabetes), penyakit barah gusi, sakit gigi, ulser dan penyakit buah pinggang.

Boleh digunakan untuk merawat penyakit akibat serangan angin ahmar serta mati sebelah badan , merawat demam, kancing gigi, penyakit kuning, buasir, sembelit dan masalah pundi kencing termasuk masalah prostat.

Juga sangat baik untuk merawat masalah rambut gugur dengan cara meminum air rebusan kayu cypress, meningkatkan tenaga dan memperbaiki kehidupan seksual secara keseluruhan.

Meningkatkan ketenangan dengan memperbaiki pengaliran darah ke otak, mengurangkan tekanan, darah tinggi , memperbaiki kualiti tidur dan mengatasi insomnia.

Menjana sel-sel baru secara drastic, menghalang penuaan (anti-aging), menjadi bahan antioksida yang berkesan dalam menentang radikal bebas (free radical) dan merawat penyakit kanser.

AMALAN ASAS BATHAMIM






AMALAN ASAS INI PERLULAH DI IJAZAKAHKAN DAN PENERANGAN GURU YANG BERKELAYAKAN TERLEBIH DAHULU

KENAPA PERLU PENGIJAZAHAN

Mengikut pendapat sesetengah orang, amalan yang menggunakan ayat al-quran tak perlu ijazah kerana semuanya datang daripada ajaran rasulallah. Mengikut pendapat setengah orang lagi, perlu ijazah daripada guru. Jadi mana satu yang betulnya?

Kalau tanya pendapat aku, kedua-dua pendapat pun betul. Ayat al-quran yang tak perlu diijazahkan ialah seperti bacaan-bacaan biasa yang ada dalam hadis ataupun secara umum. Menjadikan pembacaan ayat-ayat seperti al-fatihah, 3 kul sebelum tidur dan seumpamanya memang tak perlu ijazah kerana ada dalam hadis. Tapi amalan-amalan seperti membaca dengar kadar atau bilangan yang tertentu untuk satu-satu tujuan atau lebih biasa dipanggil mengikut kaifiyatnya, perlulah diijazahkan oleh orang yang empunya amalan tersebut. Ini kerana beramal tanpa guru boleh jadi gurunya syaitan.

Bab zikir pula ada sesetengah orang mengatakan perlu ijazah dan ada yang kata tak perlu. Seperti yang aku katakan tadi, semuanya bergantung pada keadaan. Dalam hadis memang ada seruan agar kita membasahkan bibir dengan zikrullah sepanjang masa. Tapi dalam keadaan tertentu, terdapat zikir-zikir tertentu perlu diijazahkan untuk dijadikan amalan atau ia langsung tak berguna. Macam mana tu?

Zikir bermakna mengingati Allah. Bacalah apa saja yang boleh mengingatkan kita kepadaNya. Zikir-zikir seperti ya zaljalaliwal ikram pula biasanya dibaca dgn tujuan tertentu mengikut aturan tertentu akan mendapat hasil yang tertentu pula berbanding berzikir secara main baca saja. Di sinilah perlunya guru untuk membimbing kita. Guru akan menilai diri kita sesuai atau tidak dalam mengamalkan sesuatu amalan tu. Mungkin sukar untuk kita faham tetapi guru lebih faham.

Pernah aku meminta seorang tua yang berilmu untuk memberikan aku apa-apa amalan sebagai pendinding diri tapi dia hanya berkata nanti dulu. Puas jugak aku mendesaknya sehingga aku faham bahawa setiap amalan tu perlulah sesuai dengan diri sebelum diamalkan. Sebagai contoh, sesetengah orang mungkin akan mengalami perubahan sikap seperti cepat melenting, panas baran, dan sukar mengawal amarah apabila mengamalkan sesuatu ayat al-quran. Sebenarnya bukan salah ayat tu tetapi diri sendiri yang tak berupaya menanggung amalan tersebut. Akhirnya jadilah seperti apa yang dikatakan orang, "gila isim".

Sebagai contoh, kita mengamal ayat pendinding diri seperti ayat qursi dan lain-lain. Apabila dibaca seperti biasa, tak menjadi apa-apa kemudharatan pun. Tapi apabila dibaca mengikut cara dan kaedah serta dalam bilangan tertentu sudah pasti kesannya berbeza dengan membaca secara biasa. Perubahan emosi disebabkan diri kita. Dalam diri kita bukan hanya ada kita saja. Ada nafsu, ada jin dan ada syaitan jugak. Makhluk nilah yang sebenarnya terkesan daripada amalan tersebut lantas menjadikan kita ikut sama berasa tak tenteram, panas, cepat marah dan sebagainya. Kalau diri dah bersih, hati jugak suci murni memang takkan ada kesan sampingan.

Di sinilah pentingnya guru sebagai tempat rujukan apabila mengalami sebarang perubahan dalam mengamalkan ayat-ayat al quran yang tertentu sebagai benteng diri. Guru boleh membimbing kita untuk melalui semua ni. Kalau ikut buku semata-mata, siapa kita nak rujuk? Ini bukan ilmu ekonomi, matematik ataupun sains yang boleh pakai logik akal semata-mata.

Oleh itu, adalah lebih baik kita mendapatkan amalan melalui guru-guru yang sepatunya (melalui pengijazahan) daripada hentam kromo saja. Untuk mendapat ijazah, ada adab-adab tertentu yang harus dipatuhi. Bukan sekadar minta dan terus dapat. Belajar dan beradablah, tak rugi pun. Jika kita nak ambil hak orang lain, perlulah meminta izin terlebih dahulu. Samalah seperti mengamal sesuatu amalan, perlulah meminta izin daripada tuan empunya diri. Inilah yang dipanggil 'ijazah'.

17 ulasan:

  1. assalam izinkan ana untuk amal asas ilmu pertahan ini

    BalasPadam
  2. Sebagai seorang muallaf saya telah melihat dengan sendiri cara perubatan ini.Memang mujarab.Insyaallah

    BalasPadam
  3. Sebagai seorang muallaf saya telah melihat dengan sendiri cara perubatan ini.Memang mujarab.Insyaallah

    BalasPadam
  4. assalamualaikum,izinkan saya untuk amalkan ilmu yang telah diberi

    BalasPadam
  5. assalamualaikum,izinkan saya untuk amalkan ilmu yang telah diberi

    BalasPadam
  6. assalamualaikum,izinkan saya dan kawan2 untuk amalkan ilmu yang telah diberi

    BalasPadam
  7. assalamualaikum,izinkan saya dan kawan2 untuk amalkan ilmu yang telah diberi

    BalasPadam
  8. Kaedah ini menggunakan kaedah pengolahan ruh.. in syaa allah ia tidak melanggar syariat islam. Izin kan saya untuk mengamal ilmu tersebut

    BalasPadam
  9. Kaedah ini menggunakan kaedah pengolahan ruh.. in syaa allah ia tidak melanggar syariat islam. Izin kan saya untuk mengamal ilmu tersebut

    BalasPadam
  10. AsalamualIkum....mohon izin untuk diijazahkan ilmu benteng diri ini pada saya...untuk saya amalkan didalam kehidupan..dan sebagai benteng kehidupan seorang perawat yang penuh ujian dan cabaran..syukran..jazakallah..

    BalasPadam
  11. AsalamualIkum....mohon izin untuk diijazahkan ilmu benteng diri ini pada saya...untuk saya amalkan didalam kehidupan..dan sebagai benteng kehidupan seorang perawat yang penuh ujian dan cabaran..syukran..jazakallah..

    BalasPadam
  12. AJARAN TAPEDIRI 65 ATAU BA THA MIM 114

    Tarikh Keputusan : 30 Julai 2015

    Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2015-1436H yang bersidang pada 30 Julai 2015 bersamaan 14 Syauwal 1436H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Ajaran TAPEDIRI 65 atau BA THA MIM 114 seperti berikut:



    Penggunaan jurus dan pukul tidak kena dalam aktiviti persilatan mengandungi perkara-perkara meragukan dan unsur-unsur kebatinan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam serta mempunyai persamaan dengan kumpulan Nasrul Haq yang sudah difatwakan sesat.

    Perbuatan “Topup” bagi memberikan kembali semangat adalah khurafat dan ahli-ahli TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 perlu meninggalkan perbuatan tersebut.

    Perbuatan mewajibkan ahli beramal sebagai syarat kemasukan ke dalam kumpulan adalah menyalahi konsep ikhlas dalam Islam.

    Konsep dakwah melalui unsur-unsur kebatinan dalam persilatan adalah tidak boleh dilakukan kerana ia mengundang kepada kerosakan akidah yang lebih besar.

    Semakan terhadap semua buku keluaran TAPEDIRI 65 didapati mengandungi banyak kesalahan-kesalahan yang serius.



    Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan memutuskan bahawa kumpulan TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 atau apa-apa kumpulan seumpamanya adalah bercanggah dengan syariah dan semua ahli kumpulan berkenaan hendaklah bertaubat daripada melakukan perkara-perkara tersebut.

    BalasPadam